Thursday, August 19, 2010

ZanRias Boutique muncul di dalam Nasi Lemak Kopi O'

Salam semua,
buat julung julung kalinya pihak ZanRias Boutique menerima jemputan pihak TV9 menerusi rancangan atau slot Nasi Lemak Kopi O untuk membuat demonstrasi Tampalan batu/kristal Swarovski pada tudung.

Rancangan siaran langsung ini dijangkakan pada jam 9.10 pagi 20 Ogos 2010 bertempat di Studio C,Sri Pentas.

Pihak ZanRias Boutique amat berbesar hati di atas jemputan tersebut dan berbagai info akan dikongsikan di dalam slot yang disediakan nanti.

Selamat Berpuasa dan selamat menonton buat semua.

Klik link di bawah untuk menonton ZanRias Boutique di media penyiaran menerusi
siaran Nasi Lemak Kopi O bersama Farah AF2:
http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=180+&ShowID=418&MenuID=1&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=36869&VideoID=38010

"Indah Adalah Wanita"

Thursday, July 15, 2010

Baju Kurung Cotton,Baju Kurung Pesak Cotton,Baju Kurung Moden Lycra

NANTIKAN KEMUNCULANNYA DI ZanRias Boutique Mydin MALL MITC & ZanRias Boutique Kota Fesyen MITC Melaka.

Gambar akan di uploadkan dalam sedikit masa lagi.

Monday, June 28, 2010

|Baju Kurung Ready Made| - ZanRias Boutique MITC Melaka

Salam,

untuk pengetahuan semua pihak |ZanRias Boutique MITC Melaka| baru sahaja selesai menyiapkan |Baju Kurung| dari material |Creepe| sebagai persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

Bukan kata untuk Hari raya sahaja,anda juga boleh memakainya ke pejabat dan ke majlis majlis tertentu.Segera ke |ZanRias Boutique Kota Fesyen MITC Melaka| untuk fitting dan seterusnya bergaya dengan orang yang tersayang.

Harga yang amat berpatutan dengan kualiti jahitan yang teliti,corak yang menarik serta anda juga boleh matching kan dengan tudung tudung yang terdapat di |ZanRias Boutique|.

Apa lagi,segera ke butik kami untuk fitting.

Monday, June 7, 2010

WELCOME TO MELAKA

Kepada semua kontinjen,pengunjung dan peminat sukan tanahair....Selamat Datang ke bumi Melaka di mana berlangsungnya acara dwitahunan SUKAN MALAYSIA edisi ke XIII!!!

Semoga anda dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan dan dapat mengeratkan lagi perpaduan sesama kita.

ZanRias Boutique juga ingin menjemput anda ke Mydin MALL dan ZanRias Boutique Kota Fesyen untuk mendapatkan ole ole untuk dibawa pulang sebagai tanda ingatan sepanjang anda berada di Melaka.

"Majulah Sukan untuk Negara"

p/s: Jumpa anda di Mydin MALL & Kota Fesyen MITC,Melaka

"Indah Adalah Wanita"

Monday, May 31, 2010

SALE SEMPENA "CUTI SEKOLAH" & "SUKMA MELAKA 2010"





ZanRias Boutique akan mengadakan Jualan Murah/Sale sempena Cuti Sekolah dan SUKMA Melaka 2010.Datanglah beramai-ramai ke ZanRias Boutique Mydin MALL & Kota Fesyen MITC,Ayer Keroh untuk menyerlahkan penampilan anda.

Macam mana untuk ke |ZanRias Boutique Mydin MALL MITC|???????
Sila lihat map di bawah:



Macam mana untuk ke |ZanRias Boutique Kota Fesyen MITC|???????
Sila lihat map di bawah:


View Larger Map





"Indah Adalah Wanita"

Wednesday, May 26, 2010

Servis Tampal Batu Swarovski di ZanRias Boutique Mydin Mall & Kota Fesyen,MITC Melaka.

Servis Tampal batu pada tudung boleh dilakukan di ZanRias Boutique Kota Fesyen MITC,Ayer Keroh, Melaka dengan caj yang berpatutan.

Saturday, May 22, 2010

Kembali Beroperasi - 21 May 2010

Alhamdulillah semua kerja renovasi sudah tamat....ZanRias Boutique kembali beroperasi dan kembali menemui anda

Dengan layout dan deco yang baru...diharap dapat menyediakan suatu suasana yang segar dan selesa buat pelanggan pelanggan ZanRias Boutique yang tidak jemu jemu menyokong perniagaan kami amnya dan produk produk kami khususnya.

Kami,ZanRias Boutique Mydin MALL MITC Melaka menjemput anda semua ke ruangan kami yang baru di FB-10 untuk menikmati promosi ZanRias Boutique sempena pelancaran butik kami selepas proses renovasi(ruangan berganda).

Akhir kata,kami sentiasa menantikan kunjungan anda...semoga anda tidak terlepas promosi yang diadakan ini.

"Indah Adalah Wanita"

Tuesday, May 4, 2010

ZanRias Boutique Mydin MALL MITC Melaka - Ruang Perniagaan BERGANDA


Salam semua,
alhamdulillah syukur kerana ZanRias Boutique Mydin MALL MITC Melaka akan berada di lokasi yang baru dengan keluasan ruang butik yang berganda.
Ruang niaga kami akan digandakan dan proses ubahsuai atau renovasi akan dilakukan dalam tempoh yang terdekat.

Insyaallah,proses ini akan berjalan lancar dan kami berjanji akan update pada semua jika terdapat sebarang perubahan atau maklumat terbaru.

Diharap pelanggan pelanggan setia kami akan lebih selesa dengan suasana baru nanti.

"Indah Adalah Wanita"

Friday, April 30, 2010

Kota Fesyen di akhbar pada 30 April 2010 / 16 Jamadil Awal 1431

MELAKA 3 Mac - Pembinaan Kota Fesyen yang terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) Ayer Keroh dekat sini melengkapkan lagi kawasan tersebut sebagai pusat tumpuan pelancong selepas Banda Hilir.

Selain Kota Fesyen, terdapat juga pusat beli-belah Mydin, Planetarium, Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), Rumah Media dan Masjid Al-Alami yang melengkapkan lagi tarikan apabila berkunjung ke Ayer Keroh.

Kawasannya cukup strategik kerana terletak berhampiran laluan utama masuk ke negeri ini selepas melalui Plaza Tol Ayer Keroh dan orang ramai tidak perlu melalui kesesakan jalan raya apabila berkunjung ke kawasan ini.

Tidak hairanlah kewujudan Kota Fesyen itu akan menjadikan pusat beli-belah itu sebagai pusat perniagaan serta gedung tekstil terbesar di negeri ini.

Penubuhannya diilhamkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mahu melihat Kota Fesyen itu menjadi pilihan pelancong untuk mendapatkan pelbagai barangan tidak kira fabrik atau barang perhiasan.

Bagi kaum wanita yang ingin membeli-belah pakaian dengan pelbagai pilihan, sudah tentu Kota Fesyen adalah tempat yang tepat untuk dikunjungi.

Bangunan itu dibina dengan reka bentuk moden dilengkapi pelbagai kemudahan awam serta mempunyai 173 unit kedai dua tingkat di atas tanah berkeluasan 4.16 hektar.

Terletak di kawasan yang tidak berlaku kesesakan jalan raya dan kemudahan meletak kenderaan yang cukup luas menjadikan Kota Fesyen gedung tekstil paling selesa untuk dikunjungi.

Setiap pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki di Kota Fesyen pasti akan melahirkan rasa kagum melihat gedung tekstil dengan pelbagai pilihan tersergam indah.

KOTA FESYEN -dipetik dari Melaka Hari Ini

AYER KEROH, 15 Sept- Kota Fesyen (Fashion City) yang terletak di lokasi strategik di kawasan Pusat Dagangan Antrabangsa Melaka (MITC) berpotensi menjadi pusat perdagangan terkenal di seluruh dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam optimis kedudukan Kota Fesyen MITC yang strategik di antara Kuala Lumpur dan Singapura bakal menjadi katalis terpenting menjadikan pusat pertumbuhan baru ini sebagai pusat perdagangan fesyen terkenal di Malaysia, kini dan di masa hadapan.

Katanya, walau pun masih terdapat lot-lot yang kosong namun ia akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini malah Kerajaan Negeri akan membina lagi 26 lot perniagaan baru berhadapan Mydin Hypermarket bagi menampung keperluan peniaga.

"Suasana perkembangan di perniagaan di kawasan ini amat menarik sekali. Saya percaya lebih banyak lagi pusat perniagaan baru di bina di sini yang akhirnya menjadikan Kota Fesyen MITC sebagai pusat perdagangan terkenal di seluruh dunia," kata Mohd Ali semasa berucap merasmikan kedai Matahari Carperts milik usahawan karpet, Shashi G. Jogi, di sini hari ini.

Ketua Menteri memberitahu, kini nama MITC sudah terkenal ke seluruh negara dan hanya menunggu hari sahaja menjadi terkenal di peringkat antarabangsa apabila peniaga-peniag di Kota Fesyen meraih keuntungan besar dan seterusnya menjadi pedagang terkenal.

"Saya juga ingin mempelawa orang-orang Melaka yang banyak wang supaya menyewa lot-lot yang masih ada. Kini saya nampak ramai orang dari luar yang berniaga di Kota Fesyen kerana mereka yakin dengan potensi perniagaan di sini. Sepatutnya orang Melaka sendiri mesti mengambil kesempatan dan menjadi orang kaya terkenal di Malaysia. Ianya boleh berlaku menerusi perniagaan," ujar Mohd Ali.

Beliau menjelaskan, Melaka sepatutnya sudah menjadi pusat perdagangan antarabangsa dan menjadi 'whole sale emporium' Malaysia sepertimana Melaka 600 tahun lalu di mana semua pedagang tertumpu di sini untuk bertukar-tukar dan membeli barang secara borong yang akhirnya Melaka menjadi pusat dagangan terkenal seluruh dunia ketika itu.

Katanya, barang-barang dari Eropah dan juga Timur serta dari China bertukar tangan di Melaka sehinggakan ia menjadi terkenal dan jadi rebutan kuasa-kuasa dunia dan akhirnya selat terpanjang dari Selatan Thailand hingga ke Singapura dinamakan Selat Melaka.

"Itulah sejarah Melaka dulu termasuk Selatan Thailand, Singapura dan sebahagian Sumatera adalah di bawah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka hingga menjadi rebutan. Portugis dari jauh datang menyerang Melaka untuk mengambil alih laluan pusat perdagangan. Kemudian datang pula Belanda, Inggeris juga Jepun silih berganti.

"Melaka ketika itu memang terkenal dan kita hari ini sebagai anak Melaka mestilah bertekad untuk membangunkan negeri kita yang bersejarah ini tanpa dari mana kita berasal, tidak kira kaum dan bangsa mesti sayang kepada negeri kita dan bangunkan Melaka dengan konsep 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapain diutamakan," ujar beliau.

Sunday, April 11, 2010

|JUALAN BESAR BESARAN SEMPENA ULANGTAHUN PERTAMA|



Pihak |ZanRias Boutique| akan menyambut hari ulangtahun pembukaan yang pertama di |Mydin MALL MITC Melaka| dan |ZanRias Boutique Kota Fesyen MITC Melaka|.......sempena hari bersejarah ini satu JUALAN BESAR BESARAN akan diadakan:
TEMPAT : |ZanRias Boutique Mydin MALL & Kota Fesyen|
TARIKH : 15 April 2010

Kepada semua pelanggan,anda dijemput datang untuk memeriahkan hari yang bersejarah ini disamping menikmati diskaun terhebat dan penjimatan yang lebih.

JUMPA ANDA DI SANA!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 6, 2010

|Tudung Pattern| - Gallery 2 ( NEW ARRIVAL)

SOLD : AZMA ( KUANTAN)
SOLD : ROSE ( KUCHING)
SOLD : WAHIDA ( DAMANSARA)
SOLD : ANI ( JURONG)
SOLD: YANTI ( BANDUNG)
SOLD : NURI (JB)
SOLD : MUNIRAH ( ALOR SETAR)
Tudung di atas dari
Material : Lycra
Special Effect : BERBATU pada body tudung
Harga : RM95 (Kos Penghantaran PERCUMA)

SOLD : JUN ( PUTRAJAYA)
SOLD : MAS ( K.TRG)
SOLD : DIANA ( KL)
SOLD : K.LIN ( SEMENYIH)
SOLD : IMA (PENANG)


Tudung di atas dari
Material : Lycra
Harga : RM79 (Kos Penghantaran PERCUMA)
HOT ITEM!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 2, 2010

|Galeri ||Tudung Pattern|

Material : |Lycra| AAA
Size : M
Harga : RM79.00
Cutting yang amat selesa dan awning yang special.


Code : LP001

Code : LP002


Code : LP003

Code : LP004

Code : LP005

Code : LP006 SOLD OUT (HASLIZA - SELANGOR)

Wednesday, March 31, 2010

Friday, March 19, 2010

TINGGAL 2 HARI SAJA LAGI!!!!!!



Dapatkan diskaun terhebat tahun ini di ZanRias Boutique Mydin MALL & Kota Fesyen MITC dengan membeli tudung ZanRias Lycra Plain,Tudung ZanRias Swarovski,Tudung ZanRias Broked,Tudung ZanRias Manik, Tudung Bawal Swarovski,Baju Kurung Moden,Baju Kurung Pahang/Pesak,Kain Batik Lukis Eksklusif,Jubah Moden,Blouse & Pant Linen serta banyak lagi.

Potongan sebanyak 20%, 25% dan 50% untuk semua barangan/produk. Datanglah ke ZanRias Boutique untuk lebih penjimatan.

Jangan tunggu lagi!!!!

Tuesday, March 9, 2010

Iklan ZanRias Boutique di Ad-Tv

Pelancaran di Restoran Ikan Bakar Malim & Restoran Lot 85



Akan dilancarkan pada 10 Mac 2010

Monday, March 8, 2010

|Tudung Lycra Plain| |(ZanRias Boutique)|


















|Material| :|Lycra|
|Awning | :|Thai Silk|
Price :RM69.00

Monday, March 1, 2010

|Pembekal Batu Swarovski Hotfix|


SS20 Crystal - Size yang banyak digunakan dalam tampalan tudung

SS10 AB(Pelangi) Menyerlahkan tudung
Berbagai pilihan color yang boleh dipadankan dengan tudung atau kain

Olivine - Jika tudung berwarna hijau batu ini amat sesuai

|1440 pcs dalam setiap packaging|.


Size yang digunakan untuk dilekatkan pada tudung.